SRA Kg Medan Telok Panglima Garang bersama-sama empat lagi sekolah di sini mengalami kerosakan teruk akibat ribut yang melanda petang tadi.
YBM Pendidikan turun ke lapangan, bersama-sama pengurusan tertinggi KPM, JPN dan PPD untuk melihat sendiri kesan yang menimpa institusi ini. Yang kita syukuri, tiada kehilangan jiwa, tiada kecederaan berat. Namun, ada sebelas murid yang mengalami kecederaan kecil.
Surau kami, pondok menunggu, pondok basikal, bumbung atap bangunan kelas blok depan habis ranap berterbangan.
Saya sempat menunjukkan kepada YBM keadaan sekolah kami yang terkesan teruk.
Doakan kami kembali bangkit dan urusan persekolahan anak-anak tidak terganggu secara serius.
Manakala, kerosakan ini kita harapkan mendapat sokongan semua ibu bapa untuk sama-sama kita usahakan sedaya upaya kita untuk pembaikan.
