Siapa pula yang menghapuskan pencen penjawat awam?
(1) Dalam tulisan sebelum ini, saya menulis tentang “Siapa sebenarnya paling menghargai penjawat awam?” Dalam artikel itu, saya mengangkat Anwar dan Pak Lah sebagai antara tokoh Menteri Kewangan yang memberikan impak besar kepada penjawat awam. Ada yang tidak bersetuju dengan saya. Barangkali sebab itu ada yang bertanya kembali, “Siapa pula yang menghapuskan pencen penjawat awam?”










