Aktiviti

Aktiviti-aktiviti yang melibatkan Dr Radin Muhd Imaduddin.

PIBG SRA KAMPUNG MEDAN

UCAPAN YDP PIBG SRA KAMPUNG MEDAN -7 MAC 2026

Dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan ini, kita berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG SRA Kampung Medan kali ke-28 dengan satu perasaan yang cukup istimewa. Ramadan bukan sekadar bulan ibadah yang kita lalui setiap tahun.

Sesi usrah Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) Kuala Langat

Ta‘awun

Minggu lepas, saya menjadi host kepada sesi usrah Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) Kuala Langat. Adik-adik belia hadir sejak jam 5 petang, kami berbincang santai, berbuka bersama dan berakhir dengan moreh selepas tarawih. Antara perkara yang kami bahaskan ialah tentang ukhuwah dan bagaimana Al-Quran merakamkan konsep tolong-menolong dalam kehidupan manusia.

Memahami Konteks dan Latar Negara Finland

Catatan Perjalanan Pendidikan di Finland – Siri 2

Finland sering diangkat sebagai contoh ideal dalam perbincangan soal pendidikan. Namun, izinkan saya mengajak rakan-rakan melihat Finland bukan dari dalam bilik darjah semata-mata, tetapi dari luar pagar sekolah. Maksudnya, kita menelusuri demografi, ekonomi, budaya, bahasa, cuaca, sehingga cara negara ini ditadbir. Di situlah sebenarnya terletak sebab mengapa reka bentuk sekolah dan sistem pendidikan mereka selari dengan keperluan negara itu sendiri. Tanpa konteks ini, perbandingan mudah menjadi tidak adil, malah berisiko mengelirukan kita semula.

Catatan Perjalanan Pendidikan di Finland

Catatan Perjalanan Pendidikan di Finland – Siri 1

Saya dan pasukan, dua guru, dua pensyarah universiti, kami berkelana ke Finland dengan satu soalan asas, iaitu bagaimanakah pengalaman persekolahan di sekolah benar-benar berlaku di dalam bilik darjah, di sebalik laporan, indeks dan pujian antarabangsa yang sering kita dengar?

Kampung Medan Menangis

Kampung Medan Menangis

SRA Kg Medan Telok Panglima Garang bersama-sama empat lagi sekolah di sini mengalami kerosakan teruk akibat ribut yang melanda petang tadi.

Scroll to Top