Murid Tidak Perlu Pakai Tali Leher – Reformasi Pendidikan Diteruskan Lagi
Keputusan terbaharu Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tidak mewajibkan pemakaian tali leher murid mulai 2026 adalah satu mesej yang jelas, bahawa kerajaan ini prihatin dan mendengar. Ini bukan keputusan terpisah. Sebelum ini, kakitangan awam juga telah diberikan pelepasan pemakaian tali leher sebagai langkah realistik menghadapi iklim kerja dan cuaca negara kita. Kini, pendekatan yang sama diperluaskan








