KPM Sokong Dan Sedia Pelaksanaan Sistem Permohonan Tunggal

KUALA NERUS, 23 Julai – Kementerian Pendidikan (KPM) menyokong dan bersedia kearah perlaksanaan sistem permohonan tunggal bagi penempatan pelajar ke sekolah khusus seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) mulai tahun depan. Pelaksanaan sistem tersebut adalah langkah terbaik untuk memastikan pelajar luar bandar dan golongan B40 tidak tercicir daripada peluang pendidikan berkualiti.