Sumber rujukan: TALIS 2024
1. Czechia
– Melaksanakan sistem induksi dua tahun (2019) bagi guru baharu.
– Menyediakan bimbingan mentor, tempoh adaptasi, dan penilaian berkala.
– Mentor diberikan latihan, pengurangan beban tugas dan bayaran tambahan.
– Pada tahun 2023, tempoh induksi dan jawatan mentor telah diwartakan secara rasmi dalam undang-undang, menjadikan bimbingan profesional sebahagian daripada struktur kerjaya guru.
2. Belanda (Netherlands)
– Menyediakan mentoring berstruktur berterusan dari latihan perguruan hingga ke tahun-tahun awal mengajar.
– Program induksi disusun bersama oleh institusi latihan guru dan sekolah profesional pembangunan (professional development schools).
– Sehingga 40% kurikulum latihan perguruan berlaku di sekolah sebenar, termasuk amali mengajar, kuliah, dan kerja kumpulan metodologi.
– Sekolah yang terlibat menerima geran tambahan dan diiktiraf dalam proses akreditasi pendidikan guru.
– Matlamatnya, meningkatkan pengekalan guru, kesejahteraan, dan keyakinan profesional.
3. Singapura
– Bimbingan instruksional (instructional mentoring) menjadi teras pembangunan profesional.
– Setiap guru baharu mendapat mentor dalam dua tahun pertama perkhidmatan.
– Mentoring melibatkan pemerhatian bersama, perbincangan profesional dan refleksi pedagogi.
– Program ini berkembang menjadi sistem untuk semua guru melalui Singapore Instructional Mentoring Approach (SIMA), iaitu dengan menekankan pertumbuhan bersama, hubungan saling percaya, dan kontekstualisasi bimbingan.
4. Türkiye (Turki)
– Memperkenalkan Teacher Induction Programme (2016) bagi guru enam bulan pertama.
– Guru baharu dipadankan dengan mentor, serta mengikuti aktiviti pembangunan profesional dan penilaian rasmi.
– Penilaian akhir melibatkan pengetua, mentor, pemeriksa dan ujian bertulis.
– Guru yang lulus mendapat sijil kelayakan, manakala yang gagal boleh mengulangi program di sekolah lain.
– Program ini melibatkan 30,000 guru dan diterima baik, dengan pemerhatian bilik darjah dinilai paling bermanfaat.
Rumusan
1. Secara keseluruhannya, keempat-empat negara menunjukkan bahawa bimbingan dan induksi sistematik pada peringkat awal kerjaya;
2. meningkatkan keyakinan, kompetensi dan komitmen guru baharu;
3. mengurangkan kadar guru berhenti awal (early attrition); serta
4. membentuk ekosistem pembelajaran profesional berasaskan kolaborasi.
Model terbaik menunjukkan gabungan mentoring professional, latihan berasaskan sekolah sebenar, dan pengiktirafan institusional (termasuk ganjaran dan undang-undang) sebagai kunci kejayaan dalam menyokong guru baharu untuk bermula dengan “langkah kanan”.
DR





