Siri 5 Melawan Rasuah: Kita Bukan Untung. Kita Kena Rompak.
Sejak beberapa hari ini, saya melihat satu naratif yang agak membimbangkan. Kononnya Malaysia sebenarnya “untung” hasil skandal 1MDB. Alasannya mudah. Mereka menyusun pelbagai angka, kemudian membuat operasi tambah dan tolak. Akhirnya mereka membuat kesimpulan bahawa negara bukan sahaja tidak rugi, malah memperoleh keuntungan berbilion ringgit. Sekali pandang, hujah itu nampak meyakinkan. Tetapi apabila kita memahami





