Sejak beberapa hari ini, saya melihat satu naratif yang agak membimbangkan. Kononnya Malaysia sebenarnya “untung” hasil skandal 1MDB.
Alasannya mudah.
Mereka menyusun pelbagai angka, kemudian membuat operasi tambah dan tolak. Akhirnya mereka membuat kesimpulan bahawa negara bukan sahaja tidak rugi, malah memperoleh keuntungan berbilion ringgit.
Sekali pandang, hujah itu nampak meyakinkan.
Tetapi apabila kita memahami asas kewangan dan sedikit logik akal, kita akan sedar bahawa hujah itu sebenarnya sangat mengelirukan, dan maaf sebut, membodohkan kita… ![]()
![]()
Mari kita tinggalkan dahulu angka-angka yang rumit. Saya mahu beri satu contoh yang sangat mudah.
Bayangkan rumah kita dipecah masuk. Pencuri melarikan wang tunai RM100,000. Kemudian, polis berjaya mendapatkan semula RM70,000.
Saya tanya satu soalan.
Adakah kita untung RM70,000?
Sudah tentu tidak.
Kita tetap mangsa rompakan.
RM70,000 itu bukan keuntungan.
Ia hanyalah sebahagian daripada wang kita yang berjaya diperoleh semula.
Kalau logik itu diterima, semua mangsa rompakan di dunia boleh dianggap “untung” apabila polis berjaya menemui semula barang yang dicuri.
Nampak tak pelik logik itu?
Begitulah juga dengan 1MDB.
Ramai yang mencampurkan pemulihan aset, hasil penjualan aset, nilai pembangunan projek dan pelbagai angka lain, kemudian menjumlahkannya untuk membuktikan bahawa negara mendapat keuntungan.
Maaf.
Saya fikir, dalam pengurusan akaun dan kewangan, itu bukan cara membuat penilaian. Pemulihan aset bukan keuntungan. Menjual aset bukan keuntungan. Mengurangkan hutang bukan keuntungan.
Ia hanyalah usaha mengurangkan kerosakan yang telah berlaku.
Saya beri satu lagi contoh.
Bayangkan seseorang membeli sebuah rumah menggunakan pinjaman bank. Kemudian wang yang sepatutnya digunakan untuk membayar pinjaman itu telah diselewengkan. Akhirnya keluarga terpaksa menjual tanah pusaka bagi melangsaikan hutang tersebut.
Adakah keluarga itu menjadi lebih kaya?
Sudah tentu tidak.
Mereka hanya menukar satu aset kepada tunai untuk menutup kerosakan yang telah berlaku.
Itulah yang sedang berlaku.
Bukan keuntungan.
Tetapi pemulihan daripada sebuah kerugian.
Ada juga yang berkata,
“Tapi aset dah dapat balik.”
Ya.
Alhamdulillah.
Usaha mendapatkan semula aset memang wajar dipuji. Tetapi jangan kita keliru. Wang yang berjaya dipulangkan bukan hadiah. Ia ialah wang rakyat yang sebelum itu telah hilang.
Kalau dompet kita dicuri dan seminggu kemudian polis berjaya memulangkannya…
adakah kita patut mengucapkan tahniah kepada pencuri kerana akhirnya kita “untung”?
Sudah tentu tidak.
Yang lebih penting…
Walau apa pun hujah yang dibina…
Walau bagaimana pun angka itu disusun…
Masih ada satu hakikat yang tidak boleh dipadamkan.
Kerajaan masih mempunyai komitmen kewangan berkaitan 1MDB sehingga tahun 2039!!!!
Yang ini, saya minta tuan-tuan fikirkan sejenak.
2039.
Ini bukan angka media sosial. Ini bukan dakwaan pembangkang. Ini ialah kedudukan rasmi yang dijelaskan oleh Kementerian Kewangan.
Kalau benar negara sudah untung…
Mengapa komitmen itu masih perlu dibayar?
Kalau benar negara sudah untung…
Mengapa obligasi itu masih wujud?
Kalau benar negara sudah untung…
Mengapa rakyat masih perlu menanggung kesannya sehingga 2039?
Saya bagi situasi ini untuk tuan-tuan nampak skalanya. Bayangkan seorang murid yang baru melangkah masuk Tahun Satu pada tahun ini, tahun 2026.
Apabila dia tamat Tingkatan Lima… 11 tahun kemudian, iaitu pada 2037…
komitmen kewangan 1MDB masih belum selesai.
Bukankah itu satu hakikat yang menyedihkan?
Kesalahan yang berlaku lebih sedekad dahulu…
masih ditanggung oleh generasi yang langsung tidak tahu apa-apa ketika ia berlaku. Dan mungkin sekolah yang diduduki sepanjang itu daif, padat, dan serba serbi kekurangan…. ![]()
Ada orang berkata,
“Yang penting sekarang aset sudah dipulihkan.”
Saya setuju.
Tetapi saya ingin bertanya.
Kalau rumah kita terbakar…
kemudian kita membinanya semula menggunakan wang sendiri…
adakah itu bermaksud rumah kita sebenarnya tidak pernah terbakar?
Sudah tentu tidak.
Proses membaiki kerosakan tidak menghapuskan hakikat bahawa kerosakan itu pernah berlaku.
Begitulah juga dengan 1MDB.
Usaha memulihkan aset tidak menghapuskan hakikat bahawa negara pernah dirompak.
Sebab itu saya kurang bersetuju apabila ada yang cuba memutihkan skandal ini dengan permainan angka.
Akhirnya kita terlupa perkara yang paling asas.
KITA KENA ROMPAK.
Bukan sedikit.
Tetapi sehingga kerajaan terpaksa mengejar aset di seluruh dunia, menggunakan kepakaran perundangan antarabangsa, membuat pelbagai penyelesaian dan masih menanggung obligasi kewangan sehingga hari ini.
Kalau itu pun masih mahu dipanggil keuntungan…
saya tidak tahu lagi apakah makna kerugian.
Saya tidak menulis ini kerana kebencian kepada mana-mana individu. Saya menulis kerana saya sayangkan negara. Kita boleh berbeza parti. Kita boleh berbeza pandangan politik.
Tetapi jangan sampai kita mengorbankan logik semata-mata untuk mempertahankan seorang tokoh.
Hari ini kita memutarbelitkan fakta untuk mempertahankan seorang pemimpin.
Esok, orang lain pula akan memutarbelitkan fakta untuk mempertahankan pemimpin mereka.
Akhirnya…
yang kalah bukan kerajaan.
Yang kalah bukan pembangkang.
Yang kalah ialah kebenaran.
Sebab itu, jangan kelirukan rakyat dengan matematik yang salah.
Jangan panggil wang yang berjaya dipulangkan sebagai keuntungan.
Jangan panggil usaha mengurangkan kerugian sebagai kejayaan.
Dan jangan sesekali menganggap sebuah negara yang masih menanggung komitmen kewangan sehingga 2039 sebagai negara yang telah “untung” daripada sebuah skandal.
Hakikatnya mudah.
Kita bukan untung.
KITA KENA ROMPAK.
Dan sehingga hari ini…
kita masih membayar harga sebuah rompakan terhadap amanah negara.
DR





