66% murid Malaysia mengalami masalah mendapatkan peranti digital. Jumlah ini melebihi daripada purata negara OECD, iaitu dalam lingkungan 53%.
74% murid Malaysia bermasalah untuk mendapatkan tempat untuk belajar di rumah masing-masing. Jumlah ini melebihi hampir dua kali ganda daripada purata negara OECD, iaitu dalam lingkungan 48%.
74% murid Malaysia bermasalah mencari individu yang boleh membantu menyelesaikan tugasan sekolah mereka. Jumlah ini melebihi daripada purata negara OECD, iaitu dalam lingkungan 56%.
80% murid Malaysia mengalami masalah untuk mengakses internet. Jumlah ini juga melebihi daripada purata negara OECD, iaitu dalam lingkungan 67%.
83% murid Malaysia berhadapan dengan masalah untuk memahami tugasan sekolah. Jumlah ini melebihi purata negara OECD, iaitu dalam lingkungan 77%.
Tuan-tuan,
Sebelum kita mempersalahkan dan menuding jari kepada mana-mana pihak, kita teliti dan fahami keadaan anak-anak kita pada saat COVID-19 melanda negara. Kesukaran dan cabaran itu amat benar. Sistem pendidikan kita pada waktu itu amat terganggu (disruptive).
Laporan soal selidik murid menunjukkan bilangan bulan sekolah ditutup ialah sebanyak 5.8 bulan atau 174 hari. Jumlah ini jauh lebih lama berbanding purata negara OECD, iaitu sebagai 4.4 bulan atau 132 hari. Beza 42 hari!
Jadi, adakah tidak berlaku kepada negara lain? Sebenarnya, banyak sekali negara terkesan, namun, analisis dapatan PISA 2022 menunjukkan, negara yang berjaya melawan keadaan sebegini adalah negara yang berjaya menyediakan pelajar mereka dengan ekosistem pembelajaran yang baik.
Misalnya, penyediaan kepada peranti digital, dan akses kepada internet. Hal ini amat crucial yang membezakan pencapaian negara. Satu lagi yang paling crucial, ialah faktor penutupan sekolah yang terlalu lama. Ini jelas satu keputusan yang paling parah dalam sejarah pendidikan di Malaysia.
Perkara-perkara ini amat crucial untuk kita tahu kenapa ada negara seperti Brunei dan Singapura tetap boleh naik, sedangkan tiga suku negara lain merosot teruk.
Yang ni, personally, kita boleh tuju kat sapa….
Eh, bila dibuat kajian PISA 2022 ini? Kajian ni dibuat pada 17 April sehingga 31 Mei 2022 kepada budak-budak tingkatan empat masa tu. Maknanya, mereka berhadapan Perintah Kawalan Pergerakan, penutupan sekolah semasa di tingkatan 1 sehingga tingkatan 2 atau 3; tak ada kaitan dengan UPSR.





