7 Soalan Tentang Pendidikan Prasekolah Yang Patut Kita Tahu

1. Betul ke prasekolah kita tengah berkembang besar-besaran sekarang?

Betul, dan ini bukan sikit-sikit. Ini lonjakan berskala nasional. KPM memperluas kelas prasekolah secara konsisten:

• 2022: 75 kelas baharu

• 2023: 119 kelas baharu

• 2024: 134 kelas baharu

• 2025: 150 kelas baharu

• 2026: 350 kelas baharu

Bayangkan, 350 kelas baharu dalam satu tahun! Itu bukan langkah biasa, itu isyarat reformasi struktural. Tujuannya jelas, iaitu capai akses lebih menyeluruh dan kurangkan jurang prasekolah bandar–luar bandar.

2. Enrolmen prasekolah meningkat ke? Atau statik?

Meningkat dan ini kita kena sebut dengan bangga. Enrolmen KPM naik dari 208,789 murid (2022) ke 214,728 murid (2023), kemudian, sehingga Jun 2024, enrolmen mencapai 216,462 murid, dengan sekolah kini mengendalikan 10,043 kelas di 6,319 institusi.

Tetapi…

masih ada kurang lebih dalam 7% anak Malaysia yang belum jejak mana-mana pendidikan prasekolah. Itulah ‘missing cohort’ yang kita sedang buru melalui peluasan agresif.

3. Negara maju obses pendidikan awal. Kita pun perlu obses?

Perlu, sebab data tak pernah tipu. Penyertaan kanak-kanak 5+ meningkat daripada 83.65% (2021) kepada 90.10% (2023), melonjak lagi kepada 93.5% (2024). Maksudkannya, ada kira-kira 30,000 lagi yang masih belum mendapat akses. Sebabnya, untuk capai standard negara maju, kita mahu angka itu hampir 100%.

Negara yang beri tumpuan kepada pendidikan awal terbukti menikmati kadar literasi tinggi, masalah tingkah laku yang lebih rendah, keciciran akademik yang hampir sifar,dan sistem sekolah rendah yang lebih stabil.

Malaysia sedang ke arah itu, tetapi kena pacu lebih kuat. Kena kerja keras.

4. Apa kaitan prasekolah dengan ‘survival’ murid Tahun 1 dan 3M?

Hubungannya besar sekali. Pada 2024, 122,062, atau dalam lingkungan 25% murid Tahun 1 didapati belum menguasai 3M.

Intervensi awal diperkenalkan, dan kesannya dramatik.

Bila mereka naik Tahun 2 pada 2025, hanya 49,677 murid masih belum menguasai 3M. Itu bermaksud pengurangan lebih 32%, dan buat pertama kali dalam sejarah, hampir 90% murid Tahun 2 (398,436 orang) telah menguasai asas 3M.

Sekarang bahagian paling penting. Majoriti 49,677 murid yang masih lemah 3M ialah murid yang TIDAK PERNAH pergi prasekolah.

Itu jawapan paling kuat kenapa prasekolah bukan “nice to have”, tetapi “need to have”.

5. Kenapa ada tempat lambat buka kelas prasekolah walaupun bangunan ada?

Sebab kita bukan buka kelas secara cincai. Main buka je.. Bukan begitu, ye.. Guru berkelayakan, bajet untuk perjawatan, dan standard kualiti mesti dipenuhi. Kerajaan sedang melabur supaya kualiti tak jatuh walaupun bilangan kelas naik.

6. Macam mana dengan prasekolah swasta? Ada standard ke?

Ada, dan kita sedang perkemaskan juga. Pendidikan awal memerlukan standard kurikulum selaras, keselamatan dan kebajikan, latihan guru, dan gaji minimum yang munasabah dalam sektor awal kanak-kanak. Kita dapati masih TERLALU BANYAK penyedia perkhidmatan prasekolah tidak memenuhi perkara asas ini. Saya perlu tegaskan, ini bukan soal politik. Ini soal kualiti pendidikan.

Maka, ekosistem kerajaan–swasta–komuniti perlu bergerak dalam standard yang seragam, supaya kualiti tak jadi dan serahkan pada nasib.

7. Kenapa KPM asyik bercakap tentang penyelarasan ekosistem prasekolah kebangsaan?

Sebab pendidikan bermula di sini, dan kalau kita biarkan huru-hara, kita akan bayar harganya bertahun-tahun nanti.

Dengan data penyertaan, enrolmen yang meningkat, kelas yang bertambah, intervensi 3M yang berjaya, dan bajet yang semakin menyokong, KPM sedang menyusun seluruh ekosistem supaya lebih mantap dan tidak berpecah-pecah.

Insya-Allah, kerajaan juga sedang dalam persediaan ke arah pendidikan wajib prasekolah, DAN menggubal Akta khusus bagi regulasi Pendidikan Awal Kanak-kanak, dan perkara ini dijelaskan dalam RMK-13 (2026-2030). Standardisasi bukan retorik, ia strategi jangka panjang untuk masa depan negara.

Kesimpulannya?

Pendidikan prasekolah 2026 bukan sekadar pembaharuan kurikulum. Ia adalah transformasi ekosistem yang melibatkan akses, kualiti, capaian, data-driven interventions, dan sokongan kerajaan yang signifikan.

Malaysia sedang membina masa depan yang bermula pada umur 5 tahun dan semua angka ini adalah bukti jelas bahawa kita tidak main-main. #MADANIbekerja.

DR

Kapsyen: Lain-lain perkara tentang Kurikulum Prasekolah 2026, seperti Perkara-perkara Baharu dalam KP2026, berkaitan Pembentukan Karakter, dan Bidang Pembelajaran. Bacalah.

image

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Scroll to Top