1. Apakah itu pengajaran co-teaching?
Pengajaran co-teaching ialah model di mana DUA GURU BEKERJASAMA SECARA SINERGI dalam satu bilik darjah. Kedua-duanya guru SEPENUH MASA, bukan guru dengan pembantu.
Tujuannya adalah meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, memberi pengalaman pembelajaran yang lebih baik kepada murid, dan tidak menambah beban guru.
2. Bila dan di mana co-teaching akan dilaksanakan?
Tahun 1, 2027: mata pelajaran PEMBELAJARAN BERSEPADU Alam dan Manusia.
Tahap 2, 2029: mata pelajaran PEMBELAJARAN BERSEPADU Eksplorasi Sains dan Teknologi dan Eksplorasi Seni dan Dunia.
Pelaksanaan dilakukan secara BERPERINGKAT supaya guru dan sekolah dapat menyesuaikan diri dengan lancar dan efektif.
3. Mengapa co-teaching diperkenalkan?
Satu, untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan menyokong aspirasi KPM.
Dua, untuk memberi peluang kepada guru mengembangkan profesionalisme keguruan melalui perkongsian strategi dan pengalaman pengajaran bersama.
Dan Tiga, inisiatif ini bukan sembarangan atau membebankan, tetapi peluang yang sangat baik dan ditunggu-tunggu untuk murid dan guru.
4. Siapa yang menentukan cara pelaksanaannya?
Guru besar diberi AUTONOMI PENUH untuk merancang kaedah co-teaching yang sesuai dengan situasi sekolah masing-masing. Pelaksanaan dibuat secara FLEKSIBEL dan RELEVAN, disesuaikan mengikut ketersediaan guru dan sumber di sekolah.
5. Adakah guru akan dibebankan?
TIDAK. Co-teaching dirancang untuk memudahkan pengajaran, bukan menambah beban. Dokumen PANDUAN RASMI dan latihan pedagogi disediakan supaya pelaksanaan dapat berjalan teratur dan berkesan.
6. Bagaimana guru disediakan untuk co-teaching?
Yang paling utama, LATIHAN PEDAGOGI untuk guru pra-perkhidmatan dan guru dalam perkhidmatan. Di samping itu, penggunaan teknologi KECERDASAN BUATAN (AI) untuk membantu perancangan pengajaran, pengurusan bilik darjah, dan memberi sokongan pedagogi.
7. Apakah panduan pelaksanaan yang disediakan KPM?
KPM menyediakan garis PANDUAN RASMI yang menjadi dokumen rujukan utama bagi semua pihak, termasuk Kaedah pelaksanaan secara berperingkat, Strategi perancangan bersama guru dan pentadbir, dan contoh praktikal dan tip pengajaran kolaboratif. Panduan ini memastikan semua pihak jelas tentang peranan masing-masing dan pelaksanaan berjalan lancar.
8. Bagaimana kejayaan co-teaching akan diukur?
Keberkesanan diukur secara holistik, bukan sekadar akademik. Antaranya dalam konteks PEMBENTUKAN KARAKTER murid, perkembangan SAHSIAH dan SOSIAL, penguasaan LITERASI dan NUMERASI dan KEMAHIRAN BERFIKIR kritis. Semua ini selaras dengan fokus KP2027 untuk pendidikan yang menyeluruh.
9. Apakah faedah lain kepada guru?
Sudah tentu, akan meningkatkan PROFESIONALISME KEGURUAN melalui perkongsian strategi dan pelaksanaan pengajaran bersama selain memberikan pengalaman kolaboratif yang memperkaya cara pengajaran. Dengan cara ini, akan membantu guru memahami lebih mendalam pendekatan pembelajaran bersepadu dan pedagogi inovatif.
10. Apakah mesej utama kepada masyarakat?
Co-teaching adalah inisiatif sangat positif dan ditunggu-tunggu, bukan untuk dicaci atau ditakuti. Ia bertujuan memudahkan pengajaran, memperkayakan pembelajaran murid, dan meningkatkan kualiti guru secara berterusan.
11. Adakah co-teaching hanya untuk sekolah tertentu?
SEMUA SEKOLAH boleh melaksanakan, tetapi secara BERPERINGKAT supaya penyesuaian dengan sumber dan guru dapat dilakukan dengan baik.
12. Bagaimana jika sekolah kekurangan guru?
Guru besar diberi AUTONOMI untuk menyesuaikan kaedah pelaksanaan mengikut situasi sekolah, tanpa menjejaskan objektif pendidikan.
13. Adakah ini menambah beban kerja guru?
Tidak. Ia memudahkan pengajaran, dengan panduan, latihan, dan perancangan bersama.
14. Bagaimana jika guru tidak biasa bekerjasama atau timbul konflik?
Latihan, panduan, dan sesi perkongsian strategi akan disediakan. Kemahiran kolaboratif dan komunikasi guru akan dipupuk supaya sinergi berjalan lancar.
15. Bagaimana keberkesanan diukur selain akademik?
Keberkesanan diukur secara HOLISTIK, karakter, sahsiah, literasi/numerasi, dan kemahiran berfikir kritis, sesuai dengan KP2027.
16. Adakah sesuai untuk semua peringkat murid?
Pelaksanaan hanya dengan mata pelajaran PEMBELAJARAN BERSEPADU, disesuaikan mengikut tahap murid untuk kesan OPTIMUM bermula 2027.
17. Bagaimana masyarakat boleh yakin ini bukan eksperimen yang membebankan?
Disokong dengan panduan rasmi, sesi libat urus, dan pengukuran keberkesanan berterusan. Ia adalah inisiatif yang telah dirintis secara teliti.
18. Apakah faedah langsung kepada murid?
Murid mendapat PERHATIAN LEBIH, pengajaran lebih interaktif, pengalaman pembelajaran kaya, dan pembangunan karakter serta kemahiran kritis.
19. Bagaimana AI membantu?
Sebagai ALAT SOKONGAN pedagogi, membantu perancangan, maklum balas, dan memperkayakan pengalaman murid, bukan menggantikan guru.
DR
Kapsyen: Page FB Malaysia Mendidik antara yang memberikan penerangan jelas mengenai Co-teaching.





