Keputusan terbaharu Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tidak mewajibkan pemakaian tali leher murid mulai 2026 adalah satu mesej yang jelas, bahawa kerajaan ini prihatin dan mendengar.
Ini bukan keputusan terpisah. Sebelum ini, kakitangan awam juga telah diberikan pelepasan pemakaian tali leher sebagai langkah realistik menghadapi iklim kerja dan cuaca negara kita. Kini, pendekatan yang sama diperluaskan ke sekolah, berasaskan logik, kesejahteraan dan keperluan sebenar di lapangan.
Ini bukan soal melonggarkan disiplin. Ini soal menambah baik kualiti pembelajaran. Dalam cuaca panas dan lembap, pemakaian tali leher sering menjejaskan keselesaan murid. Murid yang tidak selesa sukar fokus. Guru pula terpaksa mengurus perkara remeh yang tidak menyumbang kepada PdP. Apabila kekangan kecil ini diangkat, ruang PdP menjadi lebih kondusif, tenang dan bermakna.
Yang penting, tiada paksaan. Sekolah masih boleh berbincang dengan ibu bapa. KPM memilih untuk memberi kepercayaan, bukan mengawal secara membuta tuli. Ini ciri kerajaan yang matang, mendengar suara lapangan sebelum membuat dasar.
Langkah ini juga mencerminkan keprihatinan terhadap beban kewangan ibu bapa. Kurang satu keperluan. Kurang satu tekanan. Fokus kembali kepada perkara yang benar-benar membantu anak belajar dan berkembang.
Murid lebih selesa dan yakin
Guru lebih fokus mengajar
PdP lebih hidup dan berkesan
Inilah reformasi yang senyap tetapi berimpak. Bukan sekadar sedap di media sosial, tetapi benar-benar dirasai di bilik darjah.
Kerajaan yang mendengar tidak akan sempurna.
Tetapi kerajaan yang mendengar akan sentiasa memperbaiki diri.
Ini MADANI.
DR





