Apa Maksud Dah Iktiraf UEC ?

Kita sibuk bercakap soal “iktiraf”.

Tapi, sebenarnya, ramai sebenarnya tidak faham pun apa maksud “iktiraf” dalam konteks pendidikan negara.

Sampai khabarnya Speechless bagai…

1. Dalam dasar pendidikan kebangsaan, “iktiraf” bukan bermaksud:

– boleh mohon,

– boleh dipertimbangkan,

– atau boleh digunakan secara terhad.

Adakah pengumuman KPT itu menyatakan yang KPT IKTIRAF? yang maksudnya UEC DITERIMA SEBAGAI KELAYAKAN NASIONAL RASMI?

Ada begitu? Tak ada!

SPM MASIH SYARAT UTAMA KEMASUKAN KE IPTA.

2. “Iktiraf” bermaksud ada kedudukan rasmi dalam sistem negara

Contohnya:

– SPM,

– STPM,

– matrikulasi,

– diploma tertentu,

– atau kelayakan antarabangsa yang diiktiraf secara rasmi kerajaan.

Semua ini ada tempat dalam kerangka pendidikan negara.

3. Dasar Pendidikan Kebangsaan ada ASASNYA. Sistem pendidikan negara dibina atas:

– BAHASA MELAYU,

– KURIKULUM KEBANGSAAN,

– PEPERIKSAAN KEBANGSAAN ,

– dan KAWAL SELIA NEGARA.

Sebab itu, pengiktirafan bukan boleh dibuat sesuka hati ikut tekanan politik atau sentimen semasa.

DAN SEBAB ITU, SPM MASIH SYARAT UTAMA MASUK IPTA.

4. Jadi, bila orang kata “kerajaan dah iktiraf UEC”…

Serius, saya nak tanya semula,

IKTIRAF DALAM MAKSUD APA?

5. Jika maksudnya…

– boleh dipertimbangkan,

– boleh mohon program tertentu,

– atau digunakan sebagai nilai tambah bersama SPM,

itu BUKAN pengiktirafan nasional rasmi.

Itu hanyalah penggunaan TERBATAS dalam konteks tertentu.

6. Pengiktirafan nasional rasmi pula bermaksud…

– boleh jadi SYARAT TUNGGAL,

– SETARA dengan SPM atau STPM,

– dan DITERIMA SECARA UMUM dalam SISTEM PENDIDIKAN NEGARA serta SEKTOR AWAM.

UEC? Ada dapat pengiktirafan itu?

Jawapannya,

UEC TIDAK BERADA PADA TAHAP ITU.

7. Sebab itu Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi sendiri sudah jelaskan, “Ini bukan pengiktirafan UEC, tetapi MEMBERI LALUAN untuk kemasukan ke IPTA.”

Jelas.

LALUAN PERMOHONAN TIDAK SAMA DENGAN PENGIKTIRAFAN NASIONAL.

8. Takkanlah “nilai tambah” mahu disamakan dengan “kelayakan nasional rasmi”?

Itu dua dunia yang sangat BERBEZA. Sebab itu majoriti besar pelajar SMPC sendiri tetap mengambil SPM.

Kerana…

Sehingga pengumuman ini,

SPM MASIH MERUPAKAN KELAYAKAN NASIONAL UTAMA NEGARA.

Saya perlu ulang untuk yang masih tak faham-faham.

TANPA SPM, TAK BOLEH MASUK IPTA.

DR

image

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Scroll to Top