UEC: Setara dan Setaraf

Ramai juga keliru antara istilah SETARA dan SETARAF

UEC boleh dianggap setara dengan STPM, A-Level atau kelayakan prauniversiti lain dalam konteks akademik tertentu dan akses ke pendidikan tinggi.

Tetapi itu tidak bermaksud UEC setaraf dengan STPM dalam konteks Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Itu dua perkara yang berbeza, khususnya dalam konteks perbahasan ini.

“SETARA” lebih merujuk kepada kesesuaian atau equivalency bagi tujuan akademik TERTENTU. Contohnya untuk kemasukan ke universiti atau penilaian tahap kelayakan.

Sebab itu universiti boleh menilai pelbagai kelayakan seperti A-Level, IB, UEC atau STPM sebagai setara pada tahap tertentu untuk tujuan akses pendidikan tinggi.

Tetapi “SETARAF” pula membawa implikasi yang lebih besar dari sudut status dalam sistem rasmi negara.

Bila bercakap soal setaraf, ia melibatkan:

– KEDUDUKAN dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan,

– PENGIKTIRAFAN sistem kurikulum,

– bahasa PENGANTAR,

– struktur PEPERIKSAAN,

– dan kedudukan dalam kerangka pendidikan rasmi negara.

Sebab itu seseorang boleh menerima bahawa UEC mempunyai nilai akademik tertentu atau setara bagi tujuan akses pendidikan tinggi…

…tanpa bersetuju bahawa UEC perlu dianggap setaraf dengan STPM dalam sistem pendidikan kebangsaan Malaysia.

Ramai sebenarnya sedang mencampuradukkan dua konteks yang berbeza ini.

Fahamkan perkara ini.

DR

image

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Scroll to Top