(1)
Dah tengok Spiderman? Atau The Odyssey? Itu filem Hollywood. Semua orang tahu. Bajet besar. Teknologi hebat. Pelakon terkenal. Promosi pun besar.
Hari ini saya nak bawa tuan-tuan ke China. Ada satu filem yang namanya Niu Lai. Tengoklah gambar yang saya lampirkan ini. ![]()
![]()
Niu Lai ialah filem animasi 3D China berdurasi sekitar 86 minit, diterbitkan oleh Dalian Jingyuan Culture Film & Television Media. Ia bukan produk studio animasi besar. Teras produksinya hanya dua orang,
iaitu pengarahnya, Xin Yumeng, dan ibunya, Sun Lifang. Mereka menghabiskan kira-kira lima tahun untuk menyiapkannya.
(2)
Terus terang, kalau tengok animasi dia, kita mungkin akan ketawa dulu.
Serius lah… Ini filem ke? Ya tuan-tuan..
Tetapi cerita di belakang filem ini membuatkan saya berhenti ketawa.
Apa ceritanya? Ini adalah kisah perjalanan seorang ibu dan anak mengambil masa kira-kira lima tahun untuk menghasilkan filem ini dengan sumber yang sangat terhad.
(3)
Awalnya? Orang tak peduli. Tiket tak terjual. Memang lah… Tengok lah macam mana mutu gambar, audio, cinematic, lagu, semua angle.. Out!
Filem ini mula ditayangkan di pawagam China pada 5 Ogos 2026. Ironinya, ia hampir tidak mempunyai kempen promosi biasa, maksudnya, tiada trailer besar, tiada acara tayangan perdana dan bahan promosi pun sangat terhad.
Punya la tak ada bajet, pawagam pun yang sampai melukis poster filem ini dengan tangan sendiri. Dalam 10 hari pertama, kurang daripada 300 orang membeli tiket dan kutipannya hanya sekitar RMB7,700, lebih kurang RM5 ribu.
(4)
Kemudian orang mula bercakap. Bercakap apa? Tentang how bad it is… Yup.. Dan seperti yang kita boleh duga.. Orang ketawa dengan animasinya.
Dan kemudian…
Plot twist.
Boom.
Orang mula curious. Very curious… Yang menyebabkan akhirnya orang datang menonton.. Untuk lihat sendiri how bad it is…
Dan… Ya.. Plot twist…
Filem yang bermula dengan sambutan yang sangat kecil itu tiba-tiba mendapat perhatian besar. Filem yang hampir mati itu tiba-tiba hidup.
Setakat laporan terbaru, kutipannya sudah mencecah sekitar RMB29 juta…
…kira-kira RM18 juta!!!
(5)
Sekarang saya nak tanya satu soalan. Apa yang sebenarnya menarik tentang Niu Lai? Animasi dia?
Bukan.
Kenapa jadi hit?
Bagi saya, daya tahan. Ini bukan soal biasa-biasa.
Lima tahun!!
Lima tahun menghasilkan sesuatu yang belum tentu orang akan suka. Lima tahun teruskan walaupun hasilnya tidak sempurna. Lima tahun belajar, mencuba, gagal, baiki dan cuba lagi.
(6)
Bukankah ini sebenarnya pendidikan? Dalam RPM 2026–2035, antara lima ciri penting murid yang mahu kita lahirkan ialah Murid yang Berdaya Tahan, dengan kata lain, murid yang mampu menghadapi tekanan, kegagalan dan kesulitan, mampu menyesuaikan diri dan tidak mudah berputus asa.
Saya rasa ini penting.
Kita jangan hanya mahu anak yang pandai apabila semuanya berjalan lancar.
Kita mahu anak yang masih boleh berdiri apabila sesuatu tidak menjadi.
Gagal peperiksaan, cuba lagi.
Kalah pertandingan, bangun lagi.
Kena kritik, belajar lagi.
Projek tak menjadi, baiki lagi.
Orang ketawakan, jangan cepat patah hati.
(7)
Sebab kehidupan sebenar tidak menjanjikan kemenangan setiap hari. Dan di sinilah saya rasa kita perlu ubah sedikit cara kita melihat pendidikan.
Kita bukan mahu membesarkan anak yang tidak pernah gagal.
Itu mustahil.
Kita mahu membesarkan anak yang tahu apa hendak dibuat apabila dia gagal.
Itulah daya tahan.
Itulah resilience.
(8)
Dan mungkin itulah pengajaran paling menarik daripada Niu Lai. Mungkin sebab itu kita perlu menjauhkan pendidikan kita daripada terlalu berorientasikan peperiksaan.
Kalau anak terlalu lama diajar bahawa nilai dirinya terletak pada markah, dia mungkin tahu bagaimana untuk mendapat A, tetapi belum tentu tahu bagaimana untuk bangun apabila gagal.
(9)
Kita mahu lebih daripada itu. Kita mahu anak yang apabila jatuh, dia bangun. Apabila gagal, dia cuba lagi. Apabila susah, dia tidak mudah menyerah.
Sebab sekolah bukan sekadar tempat kita mengajar anak bagaimana untuk lulus peperiksaan. Sekolah ialah tempat kita mempersiapkan mereka untuk menghadapi kehidupan.
Dan kehidupan… tidak pernah memberi soalan bocor.
DR





