10 dapatan utama TALIS Teachers Knowledge Survey 2026. What Teachers Know about General Pedagogy (GPK)

1. GPK berkait rapat dengan pencapaian murid (PISA). Tahap pengetahuan pedagogi guru mempunyai hubungan positif dengan prestasi akademik murid.

2. Guru ber-GPK tinggi menggunakan masa kelas dengan lebih berkesan. Kurang masa dihabiskan untuk disiplin, lebih masa untuk pengajaran dan pembelajaran sebenar.

3. GPK mengurangkan tekanan kerja guru. Guru yang mempunyai GPK tinggi melaporkan tahap stres yang lebih rendah dalam tugasan harian.

4. Guru ber-GPK tinggi lebih yakin dan bersedia. Mereka mempunyai self-efficacy yang lebih tinggi serta rasa kesiapsiagaan yang lebih kukuh dalam mengajar.

5. Pengalaman semata-mata tidak menjamin kualiti pengajaran. Tempoh perkhidmatan tidak secara automatik menghasilkan tahap GPK yang tinggi.

6. GPK dibina melalui gabungan latihan, refleksi dan pengalaman berpandu. Pembangunan profesional guru memerlukan proses yang berstruktur, bukan sekadar pengalaman rawak.

7. Initial Teacher Education (ITE) memainkan peranan penting. Guru yang melalui latihan perguruan formal menunjukkan tahap GPK yang lebih tinggi berbanding laluan alternatif.

8. Laluan “fast-track” cenderung menghasilkan GPK yang lebih rendah. Program latihan singkat atau laluan alternatif berisiko tidak membina asas pedagogi yang mencukupi.

9. Program induksi dan bimbingan awal sangat kritikal. Mentoring dan sokongan awal di sekolah memberi kesan signifikan terhadap perkembangan GPK guru baharu.

10. Kolaborasi dan ekosistem sekolah memperkukuh GPK. Guru yang aktif berkongsi bahan dan berbincang dengan rakan sejawat cenderung mempunyai tahap GPK yang lebih tinggi, dan ini menunjukkan bahawa pembangunan guru bergantung kepada budaya profesional di sekolah, bukan kursus semata-mata.

Keseluruhannya, dapatan ini menegaskan bahawa mutu seorang guru tidak berlaku secara kebetulan, tetapi dibina melalui sistem, latihan dan budaya profesional yang menyokong.

…. Dan mutu pendidikan kita amat bergantung kepada mutu guru itu sendiri.

DR

image

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Scroll to Top