Siap minta orang Melayu disedarkan. Macam percubaan bermain sentimen.
Mari saya cerita, agar kita lebih cakna tentang pendidikan negara dan tak terjebak dengan sentimen politik perpecahan dan perkauman sempit.
1. Ramai sekarang nampaknya terlalu cepat membuat kesimpulan seolah-olah kerajaan sudah mengiktiraf UEC sebagai kelayakan nasional rasmi setara SPM atau STPM. Sedangkan itu bukan apa yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Apa yang berlaku sebenarnya jauh lebih teknikal dan lebih terhad.
2. Semalam, KPT hanya memperjelaskan laluan permohonan ke IPTA bagi pelajar daripada aliran di luar sistem pendidikan kebangsaan seperti institusi tahfiz, sekolah swasta dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC).
3. Maksudnya:
BOLEH MEMOHON.
Bukan automatik diterima.
Bukan pengiktirafan umum tanpa syarat.
4. Malah, semua calon masih tertakluk kepada:
– syarat am universiti,
– syarat khas program,
– meritokrasi UPU,
– dan keputusan Senat Universiti.
5. Yang paling penting, program yang dibuka pula sangat spesifik. Bagi lepasan UEC, ia hanya melibatkan bidang tertentu berkaitan:
– Bahasa Cina,
– Linguistik Cina,
– Pengajian Cina,
– dan Bahasa Cina dengan Pendidikan.
Itu pun masih tertakluk kepada syarat tambahan universiti.
6. Maknanya apa?
Maknanya kerajaan TIDAK MENGIKTIRAF UEC SEBAGAI KELAYAKAN NASIONAL RASMI SETARA SPM ATAU STPM untuk semua program IPTA dan sektor awam.
Ini kerana sistem nasional negara masih meletakkan:
– SPM,
– STPM,
– matrikulasi,
– dan sistem peperiksaan kebangsaan lain
sebagai laluan utama negara.
7. Ramai juga tidak sedar bahawa majoriti besar pelajar SMPC sendiri sebenarnya mengambil SPM.
Dianggarkan sekitar 85%-95% pelajar SMPC menduduki SPM pada umur 17 tahun sebelum menyambung UEC setahun kemudian.
8. Kenapa?
Sebab komuniti SMPC sendiri memahami bahawa SPM ialah kelayakan nasional utama negara.
UEC pula lebih berfungsi sebagai:
– nilai tambah,
– kelebihan tambahan,
– dan laluan alternatif ke IPTS atau universiti luar negara.
9. Dalam konteks kemasukan umum ke IPTA melalui UPUOnline pula, calon lazimnya perlu memiliki “SPM penuh”, iaitu pakej mata pelajaran teras yang membolehkan keputusan mereka dikira dalam sistem merit nasional.
10. Berbeza dengan laluan khas program Bahasa/Pengajian Cina tertentu yang diumumkan KPT, di mana syarat minimumnya lebih tertumpu kepada kelulusan Bahasa Melayu dan Sejarah SPM, manakala UEC digunakan sebagai asas kompetensi bidang Bahasa Cina.
11. Jadi, jangan campur-adukkan antara:
– laluan permohonan,
– nilai tambah akademik,
– dan pengiktirafan nasional rasmi.
Tiga perkara itu berbeza.
12. Jadi, adakah kerajaan telah mengiktiraf UEC?
Jawapannya, BUKAN sebagai kelayakan nasional rasmi setara SPM atau STPM.
Apa yang diumumkan hanyalah laluan permohonan yang lebih jelas dan tersusun bagi program tertentu, tetapi tetap tertakluk kepada syarat akademik, meritokrasi dan keputusan Senat Universiti.
SPM masih kekal sebagai kelayakan nasional utama negara.
DR





