Si Kitol dan Raja Mendeliar
Dalam kisah klasik yang direkodkan dalam Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin, muncul dua watak yang sering disebut sebagai simbol pengkhianatan politik, Raja Mendeliar dan Si Kitol.
Dalam kisah klasik yang direkodkan dalam Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin, muncul dua watak yang sering disebut sebagai simbol pengkhianatan politik, Raja Mendeliar dan Si Kitol.
Kalau kita perhatikan suasana masyarakat hari ini, khususnya di media sosial, ada satu tabiat yang semakin menebal, merungut dan merengek. Hampir setiap perkara boleh menjadi bahan keluhan. Kadang-kadang perkara yang sama pun boleh dipertikaikan dari dua arah yang berbeza.
Ada satu kecenderungan yang semakin membimbangkan dalam masyarakat kita hari ini. Ramai yang mahu bercakap atas nama Islam. Ramai yang mendakwa sedang mempertahankan agama. Ramai yang menggunakan istilah “perjuangan Islam”. Tetapi persoalan saya, adakah cara yang digunakan itu benar-benar cara Islam? Ini soalan yang penting. Malah sangat penting.
Dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan ini, kita berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG SRA Kampung Medan kali ke-28 dengan satu perasaan yang cukup istimewa. Ramadan bukan sekadar bulan ibadah yang kita lalui setiap tahun.
Dalam Surah An-Nisa ayat 9, Allah mengingatkan kita tentang satu kebimbangan yang sangat manusiawi. Bayangkan kalau suatu hari nanti kita meninggalkan dunia ini, dan anak-anak kita terpaksa hidup tanpa kita. Mereka mungkin masih kecil, mungkin lemah dari segi ekonomi, mungkin belum cukup kuat untuk berdepan dengan dunia.
Minggu lepas, saya menjadi host kepada sesi usrah Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) Kuala Langat. Adik-adik belia hadir sejak jam 5 petang, kami berbincang santai, berbuka bersama dan berakhir dengan moreh selepas tarawih. Antara perkara yang kami bahaskan ialah tentang ukhuwah dan bagaimana Al-Quran merakamkan konsep tolong-menolong dalam kehidupan manusia.
Dalam ayat 2, Allah meletakkan satu prinsip sosial yang amat mendasar, “Wa ta‘āwanū ‘ala al-birri wa al-taqwā wa lā ta‘āwanū ‘ala al-ithmi wa al-‘udwān.” Bertolong-tolonganlah dalam kebaikan dan ketakwaan, dan jangan bertolong-tolongan dalam dosa dan permusuhan. Ayat ini bukan sekadar seruan moral, tetapi asas pembinaan masyarakat beretika. Ia mengajar bahawa kebersamaan itu sendiri mesti dinilai. Tidak semua solidariti itu benar. Tidak semua kesepakatan atau keterikatan itu membawa kebaikan.