Kalau Dah Pilih Sistem Pendidikan Luar, Kenapa Kerajaan Buka Laluan?

Kalau mereka pilih sekolah luar sistem KPM, kenapa kerajaan masih perlu buka laluan?

1. Kerana tanggungjawab kerajaan bukan menutup ruang, tetapi menyediakan jalan kembali kepada arus perdana negara.

Ini prinsip yang penting.

2. Dalam pendidikan, kerajaan tidak boleh mengambil pendekatan menghukum rakyat hanya kerana mereka pernah memilih laluan pendidikan yang berbeza.

Sebab akhirnya, mereka tetap warganegara Malaysia.

3. Analoginya mudah. Kalau seorang murid belajar di sekolah persendirian, tahfiz atau pondok ketika kecil, kemudian pada Tahun 5 atau Tahun 6 ibu bapanya mahu memasukkan semula anak itu ke sekolah kebangsaan, adakah kerajaan akan kata:

“Tak boleh. Dah pilih keluar dulu, tanggung sendiri.”

Tidak.

4. Kerajaan tetap akan membuka ruang tertentu supaya murid itu boleh kembali masuk ke sistem arus perdana, tertakluk kepada syarat dan penyesuaian tertentu.

5. Begitulah juga dalam isu pendidikan tinggi. Apabila ada rakyat Malaysia daripada pelbagai aliran pendidikan mahu masuk ke universiti awam atau sistem nasional, kerajaan perlu melihat bagaimana membuka laluan tertentu tanpa merosakkan asas Dasar Pendidikan Kebangsaan.

6. Maksudnya, akses boleh dibuka, tetapi syarat nasional tetap dijaga. Bahasa Melayu tetap perlu dipelihara. Sejarah tetap penting. Dasar Pendidikan Kebangsaan tetap menjadi asas.

7. Sebab itu isu ini bukan soal kerajaan menyerah atau mengiktiraf sepenuhnya mana-mana sistem luar.

8. Tetapi soal bagaimana negara memastikan sistem arus perdana sentiasa mempunyai ruang untuk rakyat Malaysia kembali menyertainya.

9. Kerana kalau negara mula menutup semua pintu hanya kerana seseorang pernah berada di luar sistem, akhirnya kita sendiri yang akan mewujudkan kelompok rakyat yang terpisah daripada arus nasional.

10. Sedangkan tugas negara ialah menyatukan rakyat melalui pendidikan, bukan memutuskan mereka daripada sistem negara.

DR

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Scroll to Top