image

Kenapa Pendidikan Karakter Semakin Mendesak Kini?

Saya berpandangan bahawa dalam konteks dunia hari ini, dalam era media sosial yang penuh gangguan, keterdedahan keterlaluan dan tanpa batasan melalui telefon pintar yang tiada sempadan, pendidikan karakter bukan lagi pelengkap kepada kurikulum, tetapi asas kepada pembinaan insan moden.

image

Apakah Itu Pendidikan Karakter?

Dalam wacana pendidikan global, pendidikan karakter didefinisikan sebagai satu pendekatan menyeluruh untuk membina keperibadian murid agar berkembang secara emosional, sosial, moral dan intelektual. Ia bukan sekadar menanam nilai secara kognitif, tetapi melatih kecekapan insani (human competencies) yang membolehkan seseorang berfungsi dengan beretika, berempati dan matang dalam masyarakat yang semakin kompleks dan berlapis.

image

Menghitamkan Menteri Pendidikan

Itulah kesilapan besar kita yang utama. Pendidikan bukan kisah seorang manusia. Ia bukan drama satu watak. Pendidikan ialah ekosistem hidup yang melibatkan jutaan manusia dan berlapis-lapis struktur, daripada dasar, guru, murid, ibu bapa, PIBG, komuniti, media, malah budaya sosial dan politik. Jadi agaklah tak logik, dan terus terang saya katakan, mengarut bila kita cuba memadatkan seluruh kerumitan sistem ini ke atas bahu seorang individu. Tuan-tuan, Itu bukan kritikan, itu pemikiran malas.

Hikmah di Sebalik Perjanjian Berat Sebelah

Dalam sejarah sirah Nabi Muhammad SAW, kita mengenali satu peristiwa besar yang disebut sebagai Perjanjian Hudaibiyah. Ia berlaku pada tahun keenam Hijrah apabila Nabi SAW bersama rombongan para sahabat menuju ke Makkah untuk menunaikan umrah. Namun, perjalanan itu terhalang oleh Quraisy yang tidak membenarkan umat Islam masuk ke Makkah.

image

Guru, Beban dan Amanah, Di Mana Garis Seimbangnya?

Bila timbul isu asrama, ada suara mencadangkan supaya warden bukan lagi daripada kalangan guru. Bila timbul isu disiplin, kita juga mahu pegawai disiplin bukan daripada guru. Bila timbul isu latihan sukan dan permainan, ada pula cadangan supaya jurulatih luar dilantik, bukan dari kalangan guru. Begitu juga dengan urusan aset, data, dokumentasi, kita mahu pegawai khas menguruskannya, bukan guru.

Melawati sebuah sekolah kampung saya yang teruk dipukul ribut pada 15 Oktober 2025. Ini memang perlukan sumbangan semua 'orang kampung'.

Semangat Hari Guru Sedunia

Mungkin ramai antara kita tak sedar bahawa setiap 5 Oktober, dunia sebenarnya menyambut Hari Guru Sedunia. Kita di Malaysia dah terbiasa dengan 16 Mei, tarikh keramat yang setiap tahun diraikan dengan lagu Kami Guru Malaysia dan ucapan di dewan sekolah. Maka apabila tiba Oktober, ia sekadar satu bulan biasa. Tiada sambutan, tiada ucapan, tiada bunga, tiada hadiah.

Kampung Medan Menangis

Kampung Medan Menangis

SRA Kg Medan Telok Panglima Garang bersama-sama empat lagi sekolah di sini mengalami kerosakan teruk akibat ribut yang melanda petang tadi.

Scroll to Top